mengikut Prof. Dr. Nicholas Tarling dalam bukunya "Sulu And Sabah", serta Treaties-Treaties Kesultanan Sulu yang tiada pun kenyataan rasmi atau fakta "Pemensuhan Institusi Kesultanan Sulu", ianya hanya "Pengurangan Kuasa Politik Sultan Sulu". Namun Hak-Hak Sultan Sulu & Rakyatnya mesti tetap dihormati.
1. Perjanjian Paris Treaty-1898 (Amerika & Spanyol)- Artikel III menyatakan dgn jelas bahwa "Wilayah Takluk" Spanyol di Filipina hanyalah merangkumi "Luzon & Visayas" sahaja. Sulu & MIndanao tidak termasuk. Untuk diserahkan kepada USA.
2. Perjanjian Kiram-Bates Treaty- 1899- Juga tiada penyataan "Pemansuhan Institusi Kesultanan Sulu".
3. Carpenter Agreement- 1915, - Kuasa Politik Sultan Sulu hanya "Dikurangkan", namun tiada "Pemensuhan Institusi Kesultanan Sulu".
4. Perjanjian "pajakan" North-Borneo-1878, - Juga bukan penyataan "Pemansuhan Institusi Kesultanan Sulu".
5. Cuma Perjanjian Penyerahan Kuasa oleh Sultan Ismail-Kiram-I kepada Filipina pada tahun 1962, sebagai "Suatu Penyerahan Kuasa" untuk menuntut Wilayah North-Borneo oleh Filipina. Namun tetap tiada penyataan "Rasmi" pemansuhan institusi Kesultanan Sulu. Malah dalam perjanjian itu ada dinyatakan bahawa, Filipina cuma diberi kuasa untuk menuntut Wilayah North Borneo selama 10 Tahun. Jika Filipina gagal menuntutnya dalam tempoh tersebut, Hak menuntut itu akan kembali kepada Sultan Sulu.