Menu Laman Web

YAM Datu Muhammidul Ali Aranan (Ketua Majlis Di Raja Keluarga Maharaja Adinda Aranan)
Statistik

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
PENULIS telah membuat satu kajian sejarah tentang sejarah kesultanan Sulu yang di katakan mempunyai hubungan dengan kerajaan-kerajaan islam lain di asia tenggara. Di dalam Kajian sejarah yang di temui beliau, Maharaja Adinda Aranan Puyo merupakan ahlul bait dan berketurunan Amir mekkah. Maharaja Adinda juga mempunyai Hubungan kekeluargaan dengan Kesultanan Arab, Jordan, Morroco dan kesultanan Malaysia antaranya Sultan Perlis, Pahang dan Johor. 

Menurut kajian yang di peroleh, Sultan Sulu yang pertama ialah Sultan Sultan Shariful Hashim atau nama sebenar Sayyid Abu Bakar ibni sayyid Ali Zainal Abidin, ahlul bait yang berketurunan dari Saidina Hussin r.a yang datang dari makkah. Baginda seorang ulamak yang pernah singgah di Melaka untuk menyebarkan dakwah islamiyah, baginda kemudiannya ke Indonesia dan telah meneruskan perjalanan ke brunei setelah singgah di temasik untuk meneruskan dakwah di johor (teori mengatakan baginda mempunyai ahli keluarga di johor) . Untuk menyebarkan pengaruh islam, baginda telah berhijrah ke kepulaun Sulu selepas singgah di brunei dan berjaya mengislamkan masyakat sulu iaitu Buranun, taguimaha,dan Baklaya suatu ketika dahulu dn kemudiannya di angkat menjadi sultan Sulu yang pertama pada tahun 1450 atau 1457 M dan memerintah Sulu hingga 1480 M dengan menggunakan gelaran Sultan Shariful Hashim. 

Semasa pemerintahan, Baginda telah melakukan banyak perubahan-perubahan pada masa itu dan telah banyak mengubah adab dan cara masyarakat sulu mengikut ajaran dan panduan di dalam Islam. Hal ini jelas menyatakan baginda mempunyai ciri-ciri Khalifah pada zaman kerajaan Islam yang banyak menggunakan unsur-unsur ajaran islam di dalam pemerintahan negara. Baginda juga telah membina masjid-masjid, madrasah, dan baginda sendiri berusaha memberi ilmu dan pelajaran mengenai dasar-dasar kefahaman agama islam kepada masyarakat sulu. seiring dengan itu, baginda telah memperkenalkan kaedah pembelajaran Al-quran sebagai panduan dan Hadis sebagai pedoman (Aqidah Ahlus Sunnah Wal-jamaah) dengan lebih sistematik dan memperkenalkan sistem pemerintahan islam "Amiril Mukminin" serta melatih para daih-daih untuk mengajarkan kepada pelatih. 

Di samping itu, baginda merupakan seorang ulama sufi yang lemah lembut dan penyayang, demikianlah baginda telah berjaya menarik minat dan mengislamkan masyarakat Sulu dan mengubah agama tausug yang terdahulu iaitu agama Hindu. Menurut fakta islam di Sulu, baginda telah menyampaikan kitab-kitab islam antaranya Kitab imam Al-Asy'ari/ Imam Al-Maturidi r.a dan Mazhab Feqah Imam As-syafi'e r.a, Ad-dur Al-manzum karangan Abu Ishak As-syirazi ketika datang ke Nusantara (berkemungkinan baginda adalah pengamal Tareqatul muktarabah. Baginda adalah saudara kandung kepada Sayyid Muhammad Kabongsuan (datang dari johor bersama orang bajau) yang merupakan pengasas Kesultanan Maguindanao pada tahun 1515.
 

 
Salsilah keluarga Aranan Bermula dari Nabi Adam a.s
Carian Laman Web
Kalendar
«  November 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Arkib Masuk

 

 
 
Laman Web Rasmi Keluarga Maharaja Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo
Hak Milik Terpelihara 2013 - Majlis Di Raja Keluarga Maharaja Adinda Aranan