Menu Laman Web

YAM Datu Muhammidul Ali Aranan (Ketua Majlis Di Raja Keluarga Maharaja Adinda Aranan)
Statistik

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
BERDASARKAN sejarah Kesultanan Sulu sama ada yang tercatat dalam tulisan-tulisan Najeeb Saleeby, Nicholas Tarling, Prof. Cesar, terdapat nama Maharaja Adinda yang dipanggil ‘Pewaris Takhta ke-2’. Prof. Cesar menyebut "Selain daripada Raja Muda dan Maharaja Adinda (Waris Raja Kedua),...” [1] dengan jelas menyebut nama Maharaja Adinda dan dalam kurungan Waris raja kedua. Yang dimaksudkan ialah Maharaja Adinda Muhammad Adanan (Aranan) Puyo. Sebab itu cucu-cicit keluarga ini menisbahkan nama keluarga mereka dengan Aranan. Aranan Puyo itu masih diiktiraf oleh ahli sejarah sebagai pewaris takhta kedua seperti yang tertera dalam bendera Sulu itu. Gelaran Maharaja Adinda juga adalah panggilan kepada Sultan Bantilan Muizzuddin iaitu adinda kepada Sultan Azimuddin @ Alimuddin-1. Cicit Maharaja Adinda Sultan Bantilan Muizzuddin ini juga turut digelar Maharaja Ahli sejarah turut menggelar Adinda iaitu Sultan Muhammad Adanan (Aranan) Puyo. mereka (Maharaja Adinda) sebagai pewaris takhta kedua dan perkara ini tertera dalam Protokol Sulu atau Tartib Diraja Sulu.[2] 

Beberapa pihak menghubungi kami menjelaskan tentang kepalsuan penuntut takhta dari Keluarga Aranan itu. Kami tidak membantah bangkangan mereka tapi kami menyoal beberapa perkara kepada pembangkang ini dan malangnya mereka sendiri tidak dapat menjelaskan secara fakta kepada soalan kami. Kami ingin menyatakan disini bahawa kami bukannya penyokong fanatik Keluarga Maharaja Adinda ini kerana sekiranya ada sesiapa yang tahu dan punya bukti secara fakta tentang hal-hal Kesultanan Sulu ini kami bersedia menerimanya dengan tangan dan hati terbuka. Sekiranya ada pihak yang membawa maklumat tambahan atau pembetulan, kami berterima kasih kerana inilah yang kami inginkan. 

Sebelum kami senaraikan Salasilah Keluarga Maharaja Adinda ini kami ingin menjelaskan satu perkara. Bahawasanya nasab kesemua Sultan-sultan Sulu yang ada pada hari ini sama ada dari Keluarga Kiram, Shakiraullah ataupun Aranan bukanlah dari susur galur Sultan Syariful Hashim @ Sayyid Abu Bakar, sebenarnya adalah dari keturunan Sultan Syarif Ali Barakat (Sultan Brunei yang ke-III). Keturunan Sultan Sulu yang pertama telah terputus nasabnya setelah beberapa generasi. 

Nasab yang bersambung dengan kesultanan Sulu dengan kesultanan Brunei ialah melalui perempuan.[3] Islam mengira nasab keturunan pewarisan melalui bapa atau anak lelaki. Walaupun wanita dikira keturunan juga tetapi bukan pewarisan. Sebab itu takhta kesultanan Sulu diwarisi dari keluarga sebelah lelaki sahaja. Maka kita akan melihat susunan atau heirarki kesultanan Sulu Maharaja Adinda Aranan ini dimulai dari Sultan Brunei Syarif Ali Barakat. 



1 (Kesultanan Brunei) 



1. SULTAN SHARIF ALI [4] (Barakat Ali - Sultan Brunei yang ke-III - keturunan Sayyidina Hassan r.a.) 



2. SULTAN SULAIMAN (Sultan Brunei ke-IV) 



3. SULTAN BOLKIAH @ NAKHODA RAGAM (Sultan Brunei ke-V) 



4. SULTAN ABDUL KAHAR (Sultan Brunei ke-VI) 



5. SULTAN SAIFUL RIZAL (Sultan Brunei ke-VII) 



6. SULTAN HASSAN (Sultan Brunei ke-XI) 







2 (Kesultanan Sulu) 



7. SULTAN MAWALLIL WASIT @ Raja Bongsu-I (Pangeran Maharajalela / Brunei) 



8. SULTAN SALAHUDDIN KARAMAT @ PANGERAN BAKHTIAR 



9. SULTAN BADARUDDIN-I @ Sultan Dungun 







3 (Maharaja Adinda Waris Kedua) 



10. SULTAN BANTILAN MUEZZUDDIN 



11. SULTAN AZIMUDDIN @ ALIMUDDIN-II 



12. PADUKA RAJA MUDA DATU BANTILAN @ Sultan Parang 



13. SULTAN MUHAMMAD ARANAN PUYO 



a) DATU HALUN NAR-RASHID ( anak sulung daripada permaisuri PGN.SITTI ) 



a.i) DATU BATARA MAHASYARI MAULANA AL-MAHMUN I
 
 
a.ii) Putera DATU BATARA MAHASYARI MAULANA AL-MAHMUN I
 
i) YAM DATU MUHAMMIDUL ALI
 
 
 
b) DATU MUHAMMAD SIE
 
Putera Beliau:
 
I). YAM DATU ALIUDDIN HADDIS PABILA
II). YM. Datu Atik Bin Datu Mohammad Sie,
III). YM. Datu Amir Bangsa Bin Datu Mohammad Sie,
IV). YM. Datu Sharipul Bin Datu MOhammad Sie,
V). YM. Datu Amir Bahar Bin Datu Amirul,
VI). YM. Datu Laja Bassal Bin Datu Laja.
 
b.i) Putera YAM DATU ALIUDDIN HADDIS PABILA :
 
I). YM. Datu Zainal Ali,
II). YM. Datu Jamalul @ Jaafar Ali,
III). YM. DATU RAJA BONGSU-II
 
 
 
dan sambungan salsilah seperti di tunjukkan di bawah :
 
 

Carian Laman Web
Kalendar
«  March 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31
Arkib Masuk

 

 
 
Laman Web Rasmi Keluarga Maharaja Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo
Hak Milik Terpelihara 2013 - Majlis Di Raja Keluarga Maharaja Adinda Aranan