________________________
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Keluarga Maharaja Adinda Aranan,
Pewaris Kedua Takhta Kesultanan Sulu Darul Islam
PERKATAAN Pewaris Raja Kedua (The second heir-apparent) iaitu panggilan Maharaja Adinda atau Arinda ini ada disebut oleh Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya Muslims in the Philippines mukasurat 393 dan dalam buku terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka "Islam di Filipina" oleh Shamsuddin Jaafar, pada mukasurat 486. Perkataan "Maharajah Adinda" tersebut juga ada ditulis oleh Pehin Dato' Dr. Mohd. Jamil Al-Sufri (Pengarah Pusat Sejarah Brunei) dalam bukunya Tarsilah Brunei II, iaitu pada lampiran 251, dan dalam buku "Ang Philipinas" -ARMM Edisyon, pada mukasurat 37. Selain itu, penulis Rita Turban dari Philippine juga ada menulis artikeltentang kewujudan keluarga Maharajah Adinda ini.
Buku Rujukan Utama Muslim in the Philipines dan Buku Tarsilah Of Brunei
Sila tekan link berikut untuk maklumat selanjutnya :
__________________________
Artikel Terbaru Kami :
Pengenalan "Pewaris Kesultanan Sulu"
Di dalam dokumen Pajakan Borneo Utara pada tahun 1878, perkataan Pewaris dan penyambung di guna pakai sebanyak 4 kali di dalam perjanjian tersebut. Mengikut Prof. Nicholas Tarling di dalam bukunya berpendapat bahawa Sultan Jamalul Azam serta kabinetnya mahu mengehadkan sebarang tuntutan hak ke atas Borneo Utara pada masa hadapan. Tentunya baginda hanya menginginkan keluarga kesultanan sulu yang berkelayakan sahaja yang berhak menuntut penuh menuntut Borneo Utara. Oleh itu, keluarga kesultanan sulu yang di maksudkan itu haruslah memenuhi kehendak sebagaimana yang di gariskan sebagai pewaris dan dalam masa yang sama berhak menjadi penyambung kepada kesultanan Sulu mengikut Tartib atau protocol kesultanan Sulu. Haruslah di ketahui bahawa, Sultan Jamalul A’azam telah menaiki takhta kesultanan Sulu di a ... Read more » |